Blog boleh memberi manfaat kepada kita?

NASIHAT UNTUK YANG HIDUP

SETIAP YANG HIDUP PASTI AKAN MATI, OLEH ITU PERBANYAKKANLAH TAUBAT DAN ISTIGFAR. SEMOGA HIDUP INI LEBIH BERMAKNA.JADILAH HAMBA ALLAH YANG BERIMAN DAN BERTAQWA. SEMOGA HIDUP INI DIRAHMATI DAN DIBERKATI ALLAH.


Friday, April 2, 2010

TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN

Tajuk :

Teknologi merupakan suatu elemen yang semakin popular di dalam bidang pendidikan pada masa kini. Penggunaan teknologi di dalam bidang pendidikan telah menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih mudah dan dapat menarik minat pelajar untuk belajar.


1.0 Definisi Teknologi Dalam Pendidikan.

Menurut definisi yang di gariskan dalam wikipedia di halaman (http://id.wikipedia.org/wiki/Teknologi_pendidikan, 2008), Teknologi pendidikan adalah kajian dan praktik untuk membantu proses belajar dan meningkatkan kerja dengan membuat, menggunakan, dan mengelola proses dan sumber teknologi yang memadai. Istilah teknologi pendidikan sering dihubungkan dengan teori belajar dan pembelajaran. Bila teori pengajaran dan pembelajaran mencakup proses dan sistem dalam pengajaran dan pembelajaran, teknologi pendidikan mencakup sistem lain yang digunakan dalam proses mengembangkan kemampuan manusia.

Menurut Dewi S. Prawiradilaga, Ketua Jurusan Kurikulum Dan Teknologi Pendidikan, FIP, UNJ (2008). Selama ini kita menganggap bahwa teknologi memang sudah lama menjadi sebahagian daripada kehidupan sehari-hari. Kita terbiasa dan cenderung menganggap teknologi sebagai peralatan dan berkaitan dengan mesin, komputer, dan serba elektronik. Padahal erti teknologi sangat luas dan bergantung kepada peranan teknologi itu sendiri bagi manusia.

Teknologi Pendidikan secara umumnya ditakrifkan sebagai penciptaan, penggunaan dan pengembangan sistem, kaedah dan bahan-bahan ke arah memajukan proses pengajaran dan pembelajaran. Di Malaysia juga, teknologi pendidikan telah lama wujud dalam pelbagai bentuk dan rupa. Namun sehingga sekarang teknologi pendidikan telah berkembang dengan pesat sejajar dengan perkembangan teknologi global, bermula dari ciptaan teknologi yang termurah hinggalah kepada teknologi yang paling canggih kebelakangan ini.

http://eprints.utm.my/7876/1/EDUPRES_(F3)_1.pdf

2.0 Kepentingan Teknologi Dalam Bidang Pendidikan

Richmond ( 1970 ) telah menekankan fahaman terdahulu bahawa teknologi dalam pendidikan merupakan sebahagian daripada keseluruhan ilmu teknologi namun ianya perlu diperbaharui dengan cara tertentu bersesuaian ianya sebagai satu disiplin ilmu yang tersendiri. Manakala kajian ini adalah menitikberatkan persepsi pegawai-pegawai itu sendiri dalam menilai keberkesanan kursus Teknologi Pendidikan yang mereka ikuti.

Ramai yang masih keliru dalam bidang Teknologi Pendidikan terutamanya yang melibatkan fungsinya sedangkan persepsi yang membentuk konsep Teknologi Pendidikan ini telah wujud sejak 30 tahun yang lampau namun dengan cara dan pendekatan yang berbeza. Halimah ( 1992 ) menggariskan 4 faktor penting sebagai peranan Teknologi Pendidikan dalam membantu pelajar memajukan kecekapan mereka, antaranya adalah seperti berikut :


a. Untuk meningkatkan mutu pembelajaran atau darjah penguasaan sesuatu kemahiran
oleh pelajar.
b. Untuk mengurangkan penggunaan masa yang lama bagi mencapai sesuatu tujuan dan matlamat.
c. Untuk meningkatkan keupayaan pendidik mengajar jumlah pelajar yang ramai tanpa mengurangkan mutu pembelajaran dan mempercepatkan proses pencarian maklumat.
d. Untuk mengurangkan kos tanpa mengurangkan mutu perkhidmatan yang diberi oleh tenaga pengajar.

http://eprints.utm.my/7876/1/EDUPRES_(F3)_1.pdf

3.0 Isu Dan Cabaran Pengintegrasian Teknologi Di Dalam Bidang Pendidikan

Malaysia, sebagai sebahagian daripada komuniti kehidupan global pada realitinya juga tidak terlepas dari menghadapi kemelut sosial yang sedang melanda masyarakat dunia masakini. Dunia tanpa sempadan yang menyebabkan kebanjiran maklumat, akses yang mudah kepada dunia hiburan, layaran mudah bahan-bahan porno melalui Internet dan kehidupan alam siber yang menjadi trend masyarakat menjadikan gejala negatif yang dominan di luar batasan moral masyarakat setempat sukar dipintas dan ditapis.

Dalam erti kata lain, cabaran kehidupan global village an borderless world akan terus memberi impak secara langsung terhadap kehidupan pelajar dalam perkampungan global (global village) ini. Fenomena tersebut mempunyai pertalian yang signifikan antara kemajuan kehidupan manusia dengan kesan daripada ledakan perkembangan telekomunikasi yang membawa kepada penyelerakan maklumat secara terbuka melalui dunia hiburan, komunikasi, penyelerakan pelbagai idea, budaya dan lain-lain.

Fenomena yang berlaku ini telah mencetuskan perasaan kebimbangan terhadap generasi pelajar pada masa kini. Perkembangan tersebut telah mendorong para perancang kurikulum di kebanyakan negara terpaksa menyemak semula keberkesanan kurikulum sekolah untuk menghadapi pelbagai perubahan akibat pengaruh globalisasi tersebut. Dari aspek perkembangan pendidikan para perancang merasa terpanggil untuk membuat penyemakan sejauhmana kekuatan dan kelemahan sistem pendidikan yang dilaksanakan di negara masing-masing benar-benar relevan untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan tertentu bagi menghadapi daya saing persekitaran global yang semakin sengit dan mencabar.

Dari segi perkembangan kurikulum pula institusi pendidikan berhadapan dengan pelbagai tekanan sama ada dari ahli politik, pendidik, ahli akademik, masyarakat massa, ibu bapa, penyelidik, tokoh korporat, kumpulan pedagang, ahli profesional dan sebagainya untuk melakukan langkah tertentu terhadap kurikulum secara lebih drastik sifatnya seperti merombak kurikulum, memberi nilai tambah, melakukan inovasi, membuat penyemakan dan melakukan reformasi bagi memastikan kurikulum sekolah tetap relevan dengan keperluan kehidupan itu sendiri.




Trend globalisasi juga telah mencetuskan pelbagai cabaran dalam pelaksanaan pendidikan di Malaysia sebagai tindak balas kepada keterbukaan idea mengenai keperluan pendidikan dalam meningkatkan kualiti hidup. Antara cabaran tersebut adalah dari segi:
1. Keperluan terhadap pembelajaran berterusan.
2. Penggunaan teknologi telekomunikasi dan maklumat.
3. Pengurusan pendidikan
4. Pembentukan jati diri pelajar.
5. Kualiti guru.

3.1 Cabaran Pertama: Pembelajaran Berterusan

Pihak UNESCO dalam membincangkan keperluan perubahan dalam bidang pendidikan dalam era globalisasi ini mencadangkan supaya digerakkan pemikiran ke arah melakukan rombakan dalam cara-cara membangunkan potensi sumber manusia melalui tata cara pendidikan secara formal dan tidak formal. Pendekatan ini mencadangkan supaya diperbanyakkan institusi latihan dan pendidikan bagi orang-orang dewasa yang sudah mempunyai kerjaya untuk membangun dan mengembangkan potensi sumber manusia bagi membolehkannya memberi sumbangan lebih bermakna kepada pembangunan negara dan juga perkembangan diri individu itu sendiri (Hussein Ahmad, 2001). Idea tersebut di atas secara tidak langsung mendorong kepada berkembangnya trend pendidikan secara berterusan terutama dalam kalangan orang dewasa. David (1988) telah menyenaraikan beberapa alasan mengapa trend tersebut wujud:

1. Memberi peluang orang dewasa yang kekurangan pendidikan di peringkat sekolah tinggi untuk memperoleh kemahiran yang diperlukan supaya dapat berfungsi dengan lebih berkesan dalam masyarakat dan pekerjaan.
2. Memperoleh kemahiran pekerjaan peringkat tinggi.
3. Memperoleh kemahiran yang diperlukan bagi menjadi seorang ahli masyarakat yang berfungsi lebih efisien dan dapat menjadi seorang pengguna yang lebih pintar.
4. Membangunkan pemahaman kritikal daripada masalah-masalah yang wujud dalam masyarakat serta berupaya mengambil bahagian secara aktif dalam masyarakat dengan tujuan mencapai keadilan sosial.
5. Membangunkan sikap menggunakan masa lapang dengan kreatif bagi memperoleh pengetahuan yang diperlukan.
6. Membangunkan sikap belajar secara sukarela.
7. Membantu orang dewasa menjadi lebih sedar pada biografi sendiri dalam hubungannya dengan masyarakat secara keseluruhannya.
8. Membantu orang dewasa dalam merancang kerjaya dan mencapai matlamat yang bererti.
9. Membolehkan individu membangunkan kelebihan-kelebihan terpendam dan
mempertingkatkan konsep kendiri individu tersebut.

Di samping itu, Rancangan Jangka Panjang Ketiga bagi tempoh 2001-2010 dan Dasar Wawasan Negara telah memberikan penekanan kepada usaha untuk membangunkan tenaga manusia yang berpengetahuan tinggi menerusi dasar Pendidikan Seumur Hidup yang antara lain bertujuan:
1. Menyediakan dan memberi galakan latihan dalam teknologi tinggi dengan memberi
penekanan kepada kepelbagaian kemahiran
2. Membangunkan program latihan yang berinovasi bagi memenuhi keperluan pengetahuan dalam industri
3. Mewujudkan program e-Latihan
4. Mewujudkan persekitaran yang mesra kepada pembelajaran di semua agensi dalam perkhidmatan awam
5. Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam pendidikan dewasa dan Pendidikan Berterusan
6. Menggubal polisi bagi menggalakkan penggunaan sekolah, kolej komuniti, masjid, dewan orang ramai dan bangunan awam dan persendiran bagi program Pendidikan Berterusan
7. Melancarkan Kempen Kebangsaan mengenai kepentingan pendidikan seumur hidup.

Selain itu, akibat tuntutan masyarakat yang agak tinggi terhadap peri pentingnya pendidikan berterusan ini, terdapat kecenderungan orang ramai di Malaysia yang menyambung pelajaran mereka pada peringkat lebih tinggi dan juga untuk mempelajari pelbagai kemahiran. Penubuhan Universiti Terbuka Malaysia misalnya memberi peluang untuk mereka yang berminat meneruskan pengajian yang mungkin tergendala akibat masalah-masalah tertentu. Pusat pendidikan Berterusan di Universiti Malaya juga telah menawarkan pelbagai kursus profesional untuk para eksekutif dalam bidang pentadbiran, pemasaran, kemahiran bahasa dan program pendidikan awal kanak-kanak di mana jumlah peserta sentiasa meningkat dari setahun ke setahun. Pertambahan bilangan pelajar yang memohon pada saban tahun merupakan cabaran kepada setiap institusi seumpama itu dari segi pembukaan lebih banyak kampus cawangan, penambahan bilangan tenaga pengajar dan kemudahan-kemudahan pembelajaran.

3.2 Cabaran Kedua: Inovasi Dalam Pelaksanaan Kurikulum

Ohmae (1995) menyatakan bahawa perkembangan dalam teknologi maklumat dan arus globalisasi telah menyebabkan berlakunya kecairan sempadan nasional yang telah melahirkan paradigma baru kepada semua organisasi, termasuk institusi pendidikan Seperti mana-mana negara di seluruh dunia, Malaysia tidak dapat mengelak daripada menghadapi cabaran tersebut sebagai kesan daripada arus globalisasi. Hallinger (1998) menegaskan globalisasi telah mendorong berlakunya anjakan paradigma yang amat ketara di kebanyakan negara dalam konteks untuk mencari makna terhadap kualiti pendidikan dan juga kurikulum yang ditawarkan. Ini disebabkan kebimbangan akan kehilangan daya saing dalam persekitaran dunia global sekiranya penyemakan dan perubahan terhadap kurikulum tidak dilakukan. dalam konteks ini, sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami transformasi yang agak radikal bermula sekitar tahun 1990-an sebagai reaksi kepada perubahan di peringkat global tersebut.

Beberapa perubahan kurikulum terutama dari segi strategi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran telah diperkenalkan seperti:
1. Sekolah Bestari: Tumpuan kepada proses pengembangan dan pemupukan pembelajaran dengan menggunakan komputer dan penggunaan multimedia.
2. Projek Sekolah Net: Penggunaan komputer peribadi dan persekitaran Local Area Network (LAN). Guru berfungsi sebagai penerima maklumat sesuatu bahan kurikulum dan pembelajaran daripada luar dan kemudian menyalurkannya kepada pelajar. Ini memberi peluang kepada pelajar mendapat kemahiran dan maklumat sesuai dengan keupayaan mereka dan aplikasi pelbagai stail pembelajaran.
3. Projek Smart Lab: Menggunakan jaringan komputer bagi membolehkan pelajar mengakses ilmu dan maklumat daripada pelbagai sumber dengan guru berfungsi sebagai pemandu, pelayar dan pemudahcara.
4. Projek Sekolah Vista: Perisian aplikasi bagi pengurusan bilik darjah untuk pengajaran dan pembelajaran. Ini bagi membolehkan guru menguruskan bilik darjah dengan berkesan dan memberi peluang kepada pelajar berkomunikasi secara elektronik dengan rakan dan guru.

Di samping perkembangan dari segi penggunaan teknologi maklumat, kurikulum di Malaysia juga telah disemak semula dan diberi nilai tambah supaya kurikulum tersebut adalah relevan dan berupaya untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran tertentu bagi menghadapi persekitaran global setelah mereka melepasi alam persekolahan. Trend yang agak ketara dikenal pasti dalam perkembangan kurikulum di Malaysia adalah ke arah melahirkan warganegara global, selaras dengan perkembangan jaringan informasi dalam era globalisasi kini. Ini seiring dengan pendapat Hallinger (1998) bahawa langkah yang proaktif diperlukan supaya sekolah berupaya melahirkan pelajar yang mempunyai ciri tertentu bagi persediaan
menghadapi persaingan global iaitu dari segi:
1. Mempunyai budaya pembelajaran sepanjang hayat
2. Mempunyai kebolehan untuk berkomunikasi dalam bahasa ibunda dan bahasa antara bangsa
3. Menguasai kemahiran dalam untuk keperluan pekerjaan dan kehidupan seharian
4. Bersedia dari segi kognitif untuk tugasan yang kompleks dan mencabar, menyelesaikan masalah serta menjana pengetahuan baru.
5. Menjadi warganegara yang bertanggungjawab dari segi sosial, politik dan budaya.

Seiring dengan perubahan pada persekitaran global juga, kurikulum di Malaysia telah melalui satu era transformasi dari segi penggunaan bahasa Inggeris dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran sains dan matematik di sekolah rendah dan di sekolah menengah. Ini bertujuan untuk memberikan persediaan kepada pelajar bagi menghadapi persekitaran global terutama berkaitan dengan perkembangan sains dan teknologi di mana bahasa Inggeris adalah begitu penting dikuasai bagi mengakses ilmu dan maklumat dalam bidang tersebut. Bahasa antara bangsa yang lain seperti bahasa Arab, Perancis, Jepun, Jerman dan lain-lain turut diperkenalkan juga di sekolah yang bertujuan menyediakan pelajar untuk menghadapi dunia global dan menjadi global player secara lebih berkesan.

Cabaran yang terpaksa dilalui oleh institusi pendidikan dalam konteks pelaksanaan inovasi kurikulum adalah kesediaan guru untuk menerima dan melaksanakannya dengan penuh kesungguhan. Harvey (1990) telah menyenaraikan beberapa faktor yang mengekang kesediaan guru untuk melaksanakan perubahan iaitu:
1. Kurang rasa kepunyaan: Guru-guru merasakan perubahan yang dilaksanakan di sekolah sebagai elemen asing justeru mereka tidak mempunyai rasa kepunyaan, lebib-lebih lagi sekiranya mereka menyedari idea sesuatu perubahan itu adalah daripada pihak luar seperti pertubuhan bukan kerajaan, kumpulan-kumpulan pendesak, tekanan pihak media dan sebagainya.
2. Kurang berfaedah: Guru-guru mempunyai pandangan agak konservatif bahawa amalan yang sedia ada tidak perlu kepada perubahan yang drastik kerana kurang diyakini benar-benar membawa faedah kepada mereka dan juga murid. Situasi mungkin akan menjadi lebih bercelaru apabila perubahan itu menyebabkan guru kekurangan kuasa autonomi terhadap pelajar seperti idea mengenai fungsi guru dalam kelas adalah sebagai pemudah cara sedangkan kebanyakan guru berpendapat fungsi tradisi guru adalah sebagai pendidik dan penyampai ilmu.
3. Penambahan beban: Guru mempunyai persepsi umum bahawa setiap perubahan bermakna penambahan terhadap beban tugas dan tanggungjawab. Persepsi ini menyebabkan guru bersikap pesimis terhadap pencetus idea perubahan kerana pihak-pihak berkenaan dianggap sebagai tidak memahami masalah mereka terutama beban tugas yang tidak berkaitan dengan pengajaran seperti menghadiri mesyuarat, menghadiri kursus, menjalankan aktiviti berkala di sekolah seperti hari kantin, hari sukan, hari kokurikulum dan pelbagi "jenis hari".
4. Kekurangan sokongan pentadbiran: Guru-guru sukar untuk melaksanakan perubahan kurikulum di sekolah sekiranya pihak pentadbiran kurang memberikan sokongan iaitu dari segi: a) kewangan b) motivasi dan dorongan c) pengiktirafan d) penyediaan peralatan untuk pengajaran dan pembelajaran dan e) mengurangkan karenah birokrasi di peringkat sekolah.
5. Menyendiri: Kebanyakan guru lebih suka melakukan tugas secara menyendiri terutama berkaitan pengajaran dan pembelajaran. Justeru sekiranya perubahan memerlukan guru bekerja secara berpasukan seperti pelaksanaan kaedah kolaboratif guru berasa kurang kondusif dan kebanyakan mereka akan mengelak dari melibatkan diri secara proaktif.
6. Perbezaan tahap pengetahuan dan kemahiran: Guru-guru yang mempunyai tahap pengetahuan dan kemahiran yang rendah terhadap sesuatu inovasi akan kurang memberikan kerjasama berbanding mereka yang lebih berpegetahuan dan berkemahiran. Misalnya guru yang lebih berkemahiran dalam komputer tentu akan bertindak secara proaktif dalam proses pengajaran berbantu komputer berbanding guru yang kurang berkemahiran.
7. Perubahan yang kerap dan mendadak: Sesuatu perubahan kurikulum yang diperkenalkan terlalu kerap dan mendadak akan menimbulkan kejutan kepada guru. Mereka kurang bersedia kerana terpaksa mengetahui, mempelajari dan melaksanakan kemahiran baru.

Penggunaan teknologi maklumat dalam era globalisasi juga merupakan cabaran yang memerlukan keprihatinan pihak Kementerian Pelajaran. Perkembangan semasa menuntut kepada penggunaan komputer sebagai media prima dalam memperoleh dan menyebarkan ilmu, kemahiran dan cara-cara menjalankan penilaian. Penggunaan perisian komputer pada masa ini berlaku secara aktif seiring dengan pelbagai kemudahan infrastruktur yang telah disediakan oleh pihak Kementerian Pelajaran.

Pada masa yang sama juga Pembelajaran Berbantu Komputer telah beroperasi secara pantas di sekolah-sekolah dengan penggunaan pelbagai perisian. Antaranya adalah seperti berikut:
1. Perisian latih tubi yakni program yang membantu pelajar mencari penyelesaian kepada masalah atau menjawab soalan yang disediakan. Contoh perisian adalah buku kerja elektronik di mana pelajar menggunakan perisian latih tubi untuk membuat aktiviti pengukuhan dan mengulangkaji pelajaran. Komputer dapat memberi maklum balas kepada jawapan pelajar dan sekaligus dapat menilai pencapaian mereka.
2. Perisian tutorial iaitu program yang berfungsi sebagai tutor dalam menyediakan maklumat dan aktiviti pembelajaran yang perlu dikuasai pelajar. Perisian seperti ini mengajar penggunanya dan kemudian menyoal semula apa yang telah disampaikan.
3. Perisian simulasi: Perisian ini menyamai fenomena sebenar atau imaginasi untuk memperlihatkan bagaimana situasi sebenar berlaku secara realiti. Perisian ini dapat memaparkan fenomena dalam bentuk teks, grafik, animasi dan bunyi. Pelajar boleh berinteraksi dengan komputer seperti membuat analisis dan membuat keputusan.
4. Perisian permainan: Perisian ini lebih kepada bentuk memotivasikan pelajar dengan menggunakan aktiviti permainan yang berkaitan dengan pembelajaran.
5. Perisian penyelesaian masalah: Perisian ini merupakan program yang mengajar secara langsung melalui huraian, penjelasan dan langkah-langkah mengikut tahap perkembangan pelajar.

Pengajaran dan pembelajaran berbantu komputer dengan kemudahan penggunaan ICT akan menjadikan pengajaran lebih bermakna kerana orientasi pengajaran adalah berpusatkan pelajar. Guru berperanan sebagai pemudahcara dan penyelesai masalah. Johnson (1986) menjelaskan bahawa penggunaan ICT dalam pengajaran boleh diaplikasikan dalam semua bidang mata pelajaran seperti sains, matematik, bahasa dan kesusasteraan. Perisian komputer berupaya memandu pelajar untuk berfikiran kritis dan menghasilkan pembelajaran bermakna yang bukan hanya sekadar mempersembahkan maklumat daripada buku teks atau sumber lain dalam bentuk media.

3.3 Cabaran Ketiga: Pengurusan Pendidikan

Pengurusan pendidikan juga telah mengalami transformasi yang agak radikal dalam perkembangan dunia global terutama dari segi penggunaan teknologi telekomunikasi dan pengkomputeran. Beberapa inovasi telah dilaksanakan dalam pengurusan pendidikan di Malaysia terutama di peringkat sekolah bagi meningkatkan kecekapan dalam pengurusan pendidikan Beberapa perisian baru telah diaplikasikan yang dikenali sebagai Pengurusan Maklumat Sekolah (School Management Information System). Aplikasi sistem ini telah memudahkan pihak pentadbiran sekolah melaksanakan tugas-tugas rutin seperti:
1. Membantu dan mempermudahkan pengurus sekolah membuat keputusan.
2. Meningkatkan kecekapan pengurusan dan pentadbiran.
3. Mengurangkan beban pengurus dalam melaksanakan tugas yang pelbagai.
4. Meningkatkan kecekapan sistem pengurusan fail.
5. Memudah dan menjimatkan masa dari segi mengumpul, memproses dan menyimpan data
seperti laporan kehadiran pelajar.
6. Meningkatkan kecekapan dalam penyediaan gred/markah peperiksaan pelajar.
7. Penempatan pelajar dalam kelas.
8. Membuat agihan jadual waktu mengajar guru.
9. Pembinaan jadual waktu guru.
10. Membuat agihan sumber kewangan, buku teks, dan sebagainya.
11. Menyimpan data mengenai stok dan inventori sekolah serta pelbagai urusan rutin yang dikendalikan pentadbir dan guru. (Rahmad Sukor, 2006)

3.4 Cabaran Keempat: Pembentukan Jati Diri

Isu – isu berkaitan perlakuan negatif pelajar semakin membimbangkan. Hasrat untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan individu pelajar yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani sedang menghadapi ujian dari segi keberkesanan pelaksanaannya kerana masyarakat masa kini sedang berhadapan dengan arus globalisasi yang bersamanya membawa masuk pelbagai budaya yang bertentangan dengan budaya setempat. Hussein Ahmad (2001) memberi penegasan bahawa proses globalisasi yang melanda dunia telah membawa perubahan yang mendadak kepada perlakuan hidup dan norma kehidupan manusia di seluruh dunia. Sama ada sesebuah negara itu kecil atau besar, pedalaman benua mahu pun di kepulauan kecil, di pergunungan tinggi mahu pun di lereng, kaki dan lembah bukit, kesemuanya telah menerima tempias dan pengaruh fenomena globalisasi.

Kesan yang paling ketara akibat pengaruh globalisasi adalah perubahan gaya hidup terutama dalam kalangan anak-anak remaja di bangku sekolah yang begitu terpengaruh dengan amalan negatif kehidupan Barat. Fenomena yang berlaku boleh dikatakan sebagai satu petunjuk di mana asas-asas budaya, agama dan citra bangsa sendiri mulai longgar dan tercabut secara tidak kita sedar sehinggakan para remaja tidak berasa bersalah untuk meniru secara melulu gaya kehidupan barat seperti kehidupan berfoya-foya dan berseronok-seronok, pergaulan bebas, penganjuran majlis-majlis sosial yang melampaui batas, penonjolan pelbagai fesyen pakaian ala Barat yang keterlaluan dan sebagainya.

Semua institusi pendidikan menghadapi cabaran untuk meletakkan anak-anak remaja di landasan moral yang betul menurut acuan tempatan melalui pelaksanaan program-program pendidikan nilai di sekolah. Aspek yang perlu diteliti adalah aspek berkaitan keperibadian guru, budaya sekolah dan aktiviti-aktiviti kokurikulum kerana perkara tersebut memberi impak tersendiri dalam pembentukan moral pelajar.
1. Keperibadian guru: Guru perlu menampilkan perawakan yang positif terutama ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Perwatakan guru yang jujur, amanah, bersopan santun, penyayang, penyabar, sedia memberi pertolongan, sedia berkorban dan berdedikasi perlu diterampilkan supaya dapat menjadi contohan pelajar. Guru juga perlu membawa watak orang yang taat kepada amalan agama.
2. Budaya sekolah: Budaya sekolah yang mempraktikkan sikap amanah, ketekunan, cintakan kecemerlangan, berkasih sayang, bertolong bantu, kesantunan akhlak dan mengamalkan kehidupan beragama adalah elemen-elemen yang perlu dihidupkan dan dihayati secara berterusan. Aspek tersebut merupakan nilai yang seharusnya diberikan perhatian secara bersungguh- sungguh oleh pihak pentadbiran sekolah
3. Aktiviti kokurikulum: Aktiviti seperti pakaian beruniform, persatuan, kelab dan kegiatan sukan dapat memberi input penting kepada pembentukan sahsiah pelajar. Aktiviti yang dijalankan melalui pemantauan guru akan menyuburkan sikap positif terhadap semangat bekerjasama, berdikari, tolong menolong, semangat cinta akan negara dan berdisiplin.

Cabaran yang perlu dilaksanakan secara kolektif dalam pembentukan jatidiri pelajar adalah dari segi strategi untuk menerapkan nilai kerohanian melalui tiga fakulti yang perlu dilaksanakan secara serentak iaitu pengisian roh, pengisian akal dan pengisian jasmani. Cabaran untuk mengisi kerohanian perlu berlandaskan sumber yang berautoriti dengan merujuk kepada sember ketuhanan dan nubuwwah. Pengisian akal pula perlu bertunjangkan aspek kognitif yang terpandu bersesuaian dengan fitrah kejadian manusia itu sendiri. Dalam erti kata lain, akal perlu diberikan input dengan unsur-unsur yang dapat mengangkat martabat manusia menjadi lebih berkualiti dan dapat dimanfaatkan untuk kehidupan masyarakat, negara dan kehidupan sejagat. Dari segi jasmani pula kegiatan yang berasaskan gaya hidup sihat perlu diterapkan seperti cara menggunakan masa lapang, tabiat pemakanan, riadah perlu digerakkan secara aktif dan berterusan dengan bimbangan dan panduan guru.

3.5 Cabaran Kelima: Perkembangan Profesionalisme Guru

Guru merupakan aset utama bagi memastikan perkembangan pendidikan dapat dilaksanakan dengan berkesan di sekolah. Guru perlu memiliki kualiti yang bersifat kontemporari dan relevan dengan zamannya. Robiah Sidin (1994) mencadangkan beberapa kriteria yang perlu dimiliki guru supaya mereka mempunyai kesediaan dan mampu menghadapi perubahan zaman. Antara ciri yang perlu dimiliki adalah:
1. Berupaya memimpin perubahan di sekolah di mana guru itu bertugas
2. Mengutamakan daya pengeluaran tinggi dalam bidang kerjayanya
3. Sentiasa mengikuti peredaran masa
4. Memahami perkembangan teknologi
5. Mempunyai sifat berani, mahu mencuba idea baru dan inovatif

Omar Hashim (1991) pula berpendapat bagi memastikan guru dapat melaksanakan perubahan kurikulum sesuai dengan keperluan zaman global ini dengan berkesan seseorang guru perlu memiliki beberapa kemahiran, seperti yang beliau nukilkan: Apakah antara kemahiran yang harus ada pada seseorang guru sebagai persediaan abad 21 ini?....Para guru harus mempunyai bekalan secukup-cukupnya baik dari segi kemahiran mahu pun pengetahuan. Guru abad 21 mestilah merupakan pendidik serba boleh serta lincah dalam beberapa kemahiran termasuk keupayaan menggunakan media elektronik serta komputer untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran mereka. (hlm. 428-429).

Cabaran guru dalam peningkatan profesionalisme banyak berkait dengan tumpuan guru itu sendiri terhadap pelaksanaan tugas terutama berkaitan sesuatu inovasi (Ornstein & Hunkins, 1988). Banyak kajian telah dijalankan mengenai perkara tersebut. Antara lain kajian oleh Habib Mat Som (2005), Katz (1972), Hall an Loucks (1978), Fuller (1975) an Anderson (1997). Secara umumnya dapatan kajian menunjukkan terdapat pola tertentu dari segi kesediaan guru terhadap peningkatan tahap profesionalisme mereka. Fuller (1975) yang dianggap sebagai pelopor dalam kajian perkembangan profesionalisme guru mengkategorikan tingkah laku guru kepada tiga tahap iaitu:
a) Tumpuan Berkaitan Peribadi;
b) Tumpuan Berkaitan Tugas;
c) Tumpuan Berkaitan

Kesan. Hall an Loucks (1978) pula dalam kajian lanjutnya telah memurnikan klasifikasi tumpuan tersebut kepada tahap berikut:
a) Tumpuan Tiada Berkaitan;
b) Tumpuan Berkaitan Peribadi;
c) Tumpuahn Berkaitan Tugas; dan d) Tumpuan
Berkaitan Kesan. Huraian bagi setiap Tahap Tumpuan tersebut adalah seperti berikut:
I. Tumpuan Tiada Berkaitan: Guru tidak mahu mengambil tahu apa-apa perubahan yang berlaku di sekolah.
2. Tumpuan Berkaitan Peribadi: Guru melihat keupayaan diri sendiri untuk melaksanakan sesuatu tugas terutama dari segi kemahiran dan pengetahuannya. Aspek lain yang diberi tumpuan adalah berkaitan keluarga, kesihatan dan penggunaan masa senggangnya.
3. Tumpuan Berkaitan Tugas: Guru cenderung untuk melaksanakan tugas dengan cekap dan sentiasa berusaha menghasilkan yang terbaik terutama dari segi pengajaran dan pembelajaran.
4. Tumpuan Berkaitan Kesan: Guru mempunyai visi yang jelas terhadap peranannya sebagai pendidik secara holistik dalam konteks kemajuan pelajar, kebolehlaksanaan kurikulum implikasi kurikulum terhadap kemajuan negara.

Kesimpulan

Dunia pendidikan di Malaysia masa kini sedang melalui era transfonnasi yang sangat dirasai gelombangnya. Ini terkesan daripada minat ibu bapa yang tinggi terhadap perkembangan pendidikan dan persekolahan anak-anak mereka baik di peringkat pra sekolah, pendidikan rendah, menengah dan juga di institusi pengajian tinggi. Kesedaran tersebut adalah implikasi daripada kesedaran mengenai kepentingan pendidikan bagi memajukan diri dalam menghadapi cabaran kehidupan yang semakin sengit. Masyarakat masa kini sangat prihatin dan mengikuti perkembangan pendidikan dengan penuh minat dan bersikap kritikal terhadap isu – isu berbangkit yang berkaitan dengan kemajuan anak-anak mereka.
Pihak perancang pendidikan perlu melihat isu – isu dan cabaran yang berbangkit secara menyeluruh dan komprehensif. Menyelesaikan masalah secara runcitan dan memberi tumpuan kepada aspek tertentu dan mengurangkan tumpuan kepada aspek lain akan menghalang pelaksanaan pendidikan kita terutama bagi memenuhi aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu sendiri.

Para pendidik di sekolah juga perlu melihat ke hadapan dengan pandangan dan paradigma baru di mana pendidikan dalam era globalisasi ini perlu di tafsirkan secara holistik. Tidak perlu ada pemisahan antara kesungguhan guru, komitmen terhadap pengajaran dan pembelajaran dan juga kesediaan untuk mendidik generasi pelajar di mana kesemuanya perlu bergerak selari dan sentiasa beriringan. Dalam erti kata lain, memotivasikan pelajar untuk memperoleh kecemerlangan dalam aspek kognitif, kemahiran, spiritual dan sosial perlu juga diiringi dengan kesediaan guru untuk sama- sama memikul tanggungjawab yang semakin berat kerana sifat semulajadi pendidikan itu sendiri yang memang sentiasa dinamik dan perlu memberi tindak balas terhadap keperluan zaman.

http://myais.fsktm.um.edu.my/7436/1/globalisasi_vol31_no1_(91-101).pdf



4.0 Masalah Penggunaan Teknologi Dalam Bidang Pendidikan
Aplikasi komputer dalam bidang pendidikan boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu pentadbiran pendidikan, penyelidikan pendidikan dan pengajaran dan pembelajaran. Disebabkan masalah-masalah yang timbul di dalam ketiga-tiga bahagian ini hampir sama, kita akan membincangkan masalah-masalah aplikasi komputer dalam pendidikan ini secara bersepadu.
4.1 Latihan Ulangan
Terdapat banyak perisian aplikasi pengautomasian pejabat di pasaran. Terdapat juga berbagai-bagai jenis perisian untuk penyelidikan mahupun untuk pendidikan. Setiap orang perseorangan yang ditugaskan mengendalikan perisian-perisian ini samada guru, kerani, pegawai penyelidik atau lain-lain, perlu menjalani latihan menggunakan perisian tersebut di samping mempelajari cara penggunaan komputer itu sendiri. Masalah akan timbul sekiranya orang perseorangan atau pekerja terbabit berhenti atau ditukarkan ke bahagian lain. Latihan perlu dilakukan semula kepada pengguna pengganti.
4.2 Kos Yang Tinggi
Kos mendapatkan peralatan dan perisian komputer masih lagi tinggi walaupun dijangkakan akan menurun. Kita bimbang dengan perkembangan pesat teknologi maklumat, syarikat-syarikat atau orang perseorangan sentiasa mengeluarkan peralatan dan perisian baru yang berharga tinggi.Kerja-kerja penyelidikan selalunya memakan masa yang panjang. Oleh itu kos yang tinggi diperlukan dari segi penyenggaraan sistem, tenaga pekerja, peralatan-peralatan bantuan dan terutamanya sekali perkakasan yang diperlukan.
Disebabkan bidang teknologi maklumat dalam pendidikan masih baru dan tinggi permintaannya, maka institusi-institusi pengajian bertindak menaikkan yuran untuk mengikuti kursus-kursus tersebut. Pelajar-pelajar pelu memiliki komputer sendiri untuk mengelakkan persaingan di makmal-makmal komputer institusi pengajian.
4.3 Laporan/Maklumat Tidak Tepat
Staf yang ditugaskan mengendalikan perisian atau memasukkan data boleh mengakibatkan laporan yang diproses atau dianalisis oleh perisian tidak tepat. Ianya boleh berlaku umpamanya seperti kerja kemasukan data yang banyak dan berterusan.
Kesilapan juga boleh berlaku terhadap hasil penyelidikan sekiranya berlaku kecuaian semasa memasukkan data atau kesilapan dalam pembangunan sistem penyelidikan itu sendiri kerana kompleksnya sesuatu sistem penyelidikan tersebut. Kemunculan virus-virus komputer boleh juga mengakibatkan kesilapan dalam analisis data.

4.4 Pergantungan Tinggi Kepada Komputer
Staf yang biasa atau selalu menggunakan komputer untuk membantu kerja-kerjanya mungkin boleh menyebabkan kerja-kerja tertangguh sekiranya terjadi sesuatu yang di luar jangkaan seperti kerosakan kepada komputer atau tenaga elektrik. Pembelajaran di dalam kelas juga boleh terganggu sekiranya guru hanya bergantung kepada komputer untuk melaksanakan pengajaran.
4.5 Jenayah Kolar Putih
Terhadnya staf yang diberi kebenaran menggunakan komputer atau yang mahir menggunakan komputer boleh menggalakkan jenayah kolar putih dengan mengelirukan angka-angka pada data komputer kerana ianya sukar dikesan.
4.6 Kurang Kepakaran
Kerja-kerja penyelidikan berbantukan komputer memerlukan tenaga kerja yang bukan sahaja pakar dalam bidang penyelidikan tersebut tetapi juga mahir dalam bidang komputer terutamanya sewaktu proses pembangunan sistem penyelidikan. Guru-guru yang pakar mengendalikan komputer juga diperlukan untuk melaksanakan pengajaran berbantukan komputer atau literasi komputer.
4.7 Sosialisasi
Kerja-kerja penyelidikan berkomputer juga boleh menyebabkan staf penyelidikan terlalu taksub terhadap komputer atau tugasnya hingga boleh melalaikan dari bersosial dengan masyarakat luar. Ia juga boleh melenyapkan empati terhadap orang lain kerana terlalu serius dalam tugas.
Penggunaan komputer sebagai alat pengajaran juga boleh mengakibatkan interaksi antara guru dan murid berkurang sekiranya guru tidak peka kepada tanggungjawab guru sebenarnya bukan hanya sekadar mengajar tetapi juga mendidik dan membimbing.

4.8 "Computer Phobia"
Disebalik perkembangan pesat dalam pengkomputeran, wujud juga segolongan manusia yang tidak berupaya atau berpeluang mengikuti perkembangan pesat teknologi maklumat. Mereka ini boleh bersikap takutkan komputer atau tidak mahu menggunakan komputer kerana kurang keyakinan mereka terhadap komputer. Di hati mereka boleh juga wujud rasa rendah diri apabila berada di kalangan individu yang celik komputer.
4.9 Internet
Internet tidak dimiliki oleh sesiapa. Setiap pengguna Internet bebas memasukkan apa-apa maklumat yang ingin mereka sampaikan kepada pengguna lain. Oleh itu adalah sukar bagi pihak pendidikan untuk menapis kandungan-kandungan yang baik dan elok sahaja untuk pelajar-pelajar.
4.10Cara Mengatasi Masalah-Masalah Yang Wujud Kesan Dari Penggunaan Komputer
Berikut merupakan cadangan-cadangan yang difikirkan sesuai untuk mengatasi masalah-masalah yang wujud dari kesan penggunaan komputer. Kami mengklasifikasikan kepada tiga bahagian iaitu dari segi pentadbiran, penyelidikan dan pengajaran dan pembelajaran.
Dari segi pentadbiran, adalah perlu pihak pengurus atau pentadbir mengambil kira dari segi pembangunan sumber manusia. Adalah dicadangkan supaya pihak pentadbir :
• Mempertingkatkan latihan kepada kakitangan
Ini adalah untuk menyediakan kakitangan mereka menghadapi perkembangan teknologi maklumat yang terkini. Sekiranya semua kakitangan telah diperlengkapkan dengan kemahiran-kemahiran yang sepatutnya, sudah tentu masalah kehilangan tenaga pakar tidak berlaku andainya terjadi pertukaran kakitangan pada organisasi tersebut.
• Menitikberatkan kebajikan pekerja
Pihak pentadbir juga perlu menjaga kebajikan pekerja untuk mengelakkan berlakunya perpindahan pekerja ke organisasi lain. Malah masalah seperti kemasukan data yang salah (Garbage In Garbage Out - GIGO) dapat dihapuskan sekiranya pentadbir memberi peluang dan masa yang secukupnya untuk kakitangan mereka menjalankan tugas. Selalunya kesilapan berlaku kerana kecuaian pekerja yang melakukan kerja secara tergopoh-gapah. Mungkin kerana mahu cepat siap, faktor kuantiti sahaja yang diambil kira, dan ini menyebabkan mereka mengabaikan faktor kualiti. Kebajikan pekerja perlu diambil berat. Adalah dicaangkan juga setiap data atau maklumat yang dimasukkan disemak oleh "Quality Control". Ini dapat menghasilkan data yang lebih tepat dan jitu.
• Penerapan Nilai-nilai murni
Jenayah kolar putih sering berlaku kerana kakitangan tidak mempunyai sikap jujur,amanah dan bersih. Penerapan nilai-nilai murni adalah wajar disarankan untuk diserapkan ke dalam jiwa dan sanubari kakitangan. Di samping itu, pihak pentadbir bertanggungjawab untuk mengambil inisiatif segera dalam memahami dan mengatasi masalah yang dihadapi kakitangan mereka. Penyelewengan mungkin berlaku kerana tekanan emosi atau kesempitan wang. Oleh itu, kemungkinan kepincangan pada pihak pentadbiran mungkin boleh mengakibatkan berlakunya gejala negatif seperti ini. Sekiranya kebajikan pekerja dijaga, insyaallah perkara ini dapat dihapuskan.
Kita sering dipaparkan dengan cerita-cerita di pawagam dan televisyen yang mengisahkan "hacker" yang sering dianggap hero atau heroin di dalam cerita. Namun begitu, kita harus sedar bahawa "hacker" itu adalah penjenayah dan pihak berkuasa sememangnya berusaha untuk menghentikan jenayah moden ini. Di United State, penjenayah "hacker" digunakan untuk mengesan "hacker" yang lain. Neal Patrick, remaja berumur 17 tahun yang merupakan salah seorang ahli kumpulan 414 telah dijemput ke U.S House of Representatives untuk memaklumkan tentang "backup" dan keselamatan komputer. Malah seorang lagi "hacker" seperti Robert Grumbles yang telah didakwa atas tuduhan menceroboh ke komputer NASA telah diberi perjalanan percuma ke London oleh London Daily Star untuk menunjukkan kepada rakyat Britain bagaimana ianya telah dilakukan.
Dari segi penyelidikan pula, beberapa perkara seperti berikut boleh diambil kira untuk mengatasi masalah.
• Melahirkan graduan yang berkualiti
Institusi Pengajian Tinggi serta institusi swasta juga memainkan peranan yang penting terhadap kekurangan tenaga mahir tempatan dalam bidang teknologi maklumat. Dengan adanya graduan yang berkualiti dan berkuantiti ini, maka masalah tenaga pakar dapat dimansuhkan. Graduan-graduan inilah yang akan menerajui teknologi komputer dimasa hadapan.
• Menguatkan akta hakcipta dari segi undang-undang
Sememangnya akta hakcipta dari segi undang-undang telah ada. Namun begitu tindakan yang serius tidak dijalankan yang menyebabkan berlakunya kesalahan menggunakan perisian tanpa lesen yang sah. Keadaan ini memaksa pengeluar mencipta virus, yang walau pun pada asalnya bertujuan untuk memelihara perisian mereka, telah sedikit sebanyak menyusahkan pengguna yang lain. Sekiranya undang-undang diperketatkan, sudah tentu tidak wujud lagi situasi penggunaan "pirate copy". Disamping itu juga, sekiranya kos perolehan perisian dapat diturunkan akan menggalakkan pengguna mendapatkan perisian yang asli dan tidak "pirate copy".
• Pembuatan perbuatan komputer tempatan
Pengeluaran peralatan teknologi dari tempatan juga adalah digalakkan. Dengan penghasilan produk ini secara tempatan, sudah tentu kos pembuatan dapat dikurangkan an seterusnya kos peralatan juga dapat diturunkan sebanyak mungkin.
• Pemilihan yang bijak.
Perolehan peralatan juga perlu dibuat dengan bijak. Beli peralatan yang perlu sahaja dan elakkan dari pembaziran wang dengan membuat perolehan yang tidak penting. Cara ini dapat mengurangkan kos perolehan peralatan teknologi maklumat.

• Luangkan Masa Bersosial Dan Prinsip diri.
Seringkali penggunaan teknologi maklumat dikaitkan dengan pengurangan nilai-nilai sosial di kalangan masyarakat. Pihak bertanggungjawab perlu sedar tentang ini dan hendaklah beri masa yang sesuai untuk membolehkan kakitangan mereka bergaul dengan masyarakat. Malah pada pendapat kami dengan adanya kemudahan teknologi maklumat, sekiranya digunakan dengan bijak boleh merapatkan hubungan samada pada lokasi yang dekat mahu pun di hujung dunia, kerana teknologi komputer telah melahirkan "global village". Manusia menjadi semakin dekat tanpa mengira faktor geografi dan jarak.
Dari segi pengajaran dan pemelajaran pula, perkara-perkara yang disarankan ialah :
• Peruntukan dari Kerajaan
Untuk mengatasi masalah kurang kelengkapan dan peralatan komputer di sekolah-sekolah dan institusi pengajian, pihak kerajaan perlu campurtangan dengan memberikan peruntukan yang secukupnya untuk membolehkan organisasi terbabit melengkapkan institusi pengajian dengan kemudahan dan kelengkapan yang mencukupi untuk semua pelajar.
• Tingkatkan keselamatan komputer
Kejadian-kejadian seperti di San Diego di mana tiga orang pelajar telah digantung pengajian mereka kerana cuba memecah masuk ke sistem komputer sekolah untuk menukar gred dan tugasan mereka; di UCLA di mana Ronald Austin seorang pelajar universiti tersebut telah didakwa kerana cubaan memecah masuk ke 200 akaun yang dimiliki oleh Advanced Research Projects Agency Network (Arpanet) akan dapat dihapuskan sekiranya langkah berjaga-jaga diambilberat. Malah keselamatan komputer perlu diambil berat untuk mengelakkan gejala negatif seperti ini berlaku lagi.
• Guru Tidak Terlalu bergantung kepada perisian
Kurangnya interaksi antara guru dan pelajar juga sering dikaitkan dengan adanya teknologi komputer. Dalam hal ini, sebagai guru kita hendaklah bertindak dengan bijak. Sifat terlalu bergantung kepada perisian perlu dilenyapkan. Guru-guru perlu bertindak sebagai pembimbing dan penunjukcara yang aktif. Dengan ini dapat merapatkan lagi hubungan guru dengan murid dan dapat memperbanyakkan interaksi dengan pelajar. Mahu seribu daya, tidak mahu seribu dalih, pepatah lama perlu dipegang.
• Didikan awal
Didikan awal dan penerapan nilai-nilai murni adalah penting untuk melahirkan generasi bermaklumat yang bermoral. Sekiranya didikan nilai-nilai murni telah ditanam di jiwa pelajar-pelajar, tidak akan berlaku kesalahan atau jenayah komputer yang membimbangkan generasi akan datang.
• Membudayakan Masyarakat
Masyarakat perlu dibudayakan dengan pendedahan kepada teknologi komputer. Inisiatif ini perlu diambil oleh setiap individu itu sendiri. Setiap individu hendaklah cuba mempertingkatkan diri mereka dengan kemahiran-kemahiran terkini. Malah membudayakan masyarakat dengan literasi komputer akan menjadi lebih mudah sekiranya semua pihak memainkan peranan masing-masing an kerjasama yang serius.
Kesimpulan
Tidak dinafikan perkembangan pesat teknologi maklumat khususnya komputer telah menimbulkan pelbagai masalah kepada masyarakat. Namun begitu perkara ini masih boleh dibendung jika setiap individu mengambil tindakan yang serius untuk mengatasinya. Sekiranya langkah yang sesuai dan betul dilaksanakan oleh pihak yang bertanggungjawab, perkembangan pesat ini boleh memajukan sesebuah negara dan dunia amnya. Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Bergantung kepada usaha dan inisiatif kita untuk membendung masalah ini dan menggunakan teknologi komputer sebaik mungkin.
http://azizah66.tripod.com/kesan1.html

Monday, March 15, 2010

Tugasan 1

Perkembangan Teknologi pada masa kini